ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM

Sunday, 3 April 2011

CIRI-CIRI GADIS MUSLIMAH

  1. Solat tepat waktu
  2. Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
  3. Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
  4. Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
  5. Bercakap dengan rendah suara.
  6. Lembut dan halus tingkahlakunya.
  7. Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
  8. Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
  9. Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
  10. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
  11. Pandai mengambil hati orang tua.
  12. Menghormati dan taat ibubapa.
  13. Kesayangan keluarga dan tetangga.
  14. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
  15. Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
  16. Rambut tak diwarnakan.
  17. Banyak dan murah dengan senyuman.
  18. Banyak mendengar dari bercakap.
  19. Senyuman adalah ketawanya.
  20. Tidak ketawa terbahak-bahak.
  21. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
  22. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
  23. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
  24. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
  25. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
  26. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
  27. Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
  28. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
  29. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
  30. Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
  31. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
  32. Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.

SEMOGA KITA DAPAT MENJADI MUSLIMAH YG SOLEHAH..INSYAALLAH

Wednesday, 30 March 2011

PERHIASAN WANITA MUSLIMAH

ALLAH S.W.T MENCIPTA MANUSIA DIHIASI DENGAN RUPA YANG CANTIK,WAJAH YANG MENAWAN,MEMPERSONAKAN,MOLEK DAN SEMPURNA..NAMUN ANUGERAH TUHAN YANG TIDAK TERNILAI ITU JIKA MANUSIA TIDAK DAPAT MEMPOSISIKANNYA SECARA SAHIH DAN BENAR AKAN MEMBAWA PADAH KEPADANYA,MENJADIKAN LUPA DARATAN MALAH DAPAT MENJERUMUSKANNYA KEDALAM LEMBAH KEHINAAN,KENISTAAN DAN KEMAKSIATAN YANG DIHARAMKAN OLEH SYARAK DAN PRINSIP-PRINSIP DASAR AGAMA ISLAM YANG HANIF


AJARAN ISLAM TENTANG PERHIASAN
ISLAM BANYAK MEMBERIKAN TATA CATA ATAU ATURAN-ATURAN DALAM BERHIAS,YANG SEMUANYA BERSUMBER DARI FIRMAN ALLAH HADITH RASULULLAH S.A.W.SEHINGGA TIDAK PERLU DIRAGUKAN BAHAWA DENGAN MENGAMBIL ATURAN-ATURAN TERSEBUT AKAN MENGHANTARKAN WANITA-WANITA MUSLIMAH KEPINTU KEBAHAGIAAN,DAN KEBAIKAN UNTUK MASYARAKAT.SEMOGA WANITA-WANITA MUSLIMAH SELALU INGAT BAHAWA DENGAN MELAKSANAKAN PERINTAH-PERINTAH SYARI'AT IA TIDAK HANYA MENDAPAT KEBAIKAN,NAMUN LEBIH DARI ITU IA JUGA MENDAPATKAN PAHALA DARI ALLAH S.W.T JKA IA MELAKUKANNYA KERANA KETA'ATAN KEPADA ALLAH DAN RASULNYA
SEBAHAGIAN DARI AJARAN-AJARAN TERSEBUT IALAH:
1.MENJAGA BATASAN-BATASAN YANG TELAH DITETAPKAN ISLAM
2.TIDAK TERLALU BERLEBIHAN DALAM MENCARI PERHIASAN
3.MENSIA-SIAKAN WAKTU BERHIAS